Sunday 21 December 2014

Misi untuk mengqadha puasa

Semenjak dua menjak aku terfikir berapa lama lagi yang Allah akan beri untuk aku bernafas Di muka bumi yang fana ini. Samada bersedia atau tidak, pasti kita semua akan dipanggil untuk menghadap Allah SWT.

Dua minggu lepas sahabatku Aiza menunjukkan kepadaku rangka kerja atau checklist bagi beliau mengumpul sebanyak mungkin amalan untuk dibawa sebagai bekalan di alam yang kekal abadi.
Di penghujung usia ini kami perlu merangka strategi untuk mengutip sebanyak mungkin pahala.

Berikut adalah keutamaan yang perlu kami lakukan.

Qadha solat yang kami tinggalkan semasa belum mendapat hidayah dari Allah SWT.
Cara paling mudah:

a)  Setiap kali melakukan solat fardhu, maka perlu dilakukan solat qadha.
b)  Semasa bangun malam untuk solat taubat dan solat tahajjud, lakukan solat solat qadha bermula dari solat subuh hingga selesai solat isyak.  Jadi dalam sehari dapatlah diqadha 2 set solat 5 waktu yang telah ditinggalkan.

Begitulah cara yang paling mudah untuk mengqadha solat yang tertinggal selama bertahun tahun. Insya Allah jika kita dipanggil Allah, semuga Allah ampuni dosa dosa kita sekiranya kita tidak sempat mengqadha semua solat solat yang ditinggalkan kerana kita mencuba sedaya upaya kita untuk mengqadha solat tersebut.


  • Wallahua'lam